``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Wednesday, June 16, 2010

mencari nama si pendakwah.....

" Aku telah mendapat seorang anak,kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW.Baginda menamakanya Ibrahim, lalu mentahnikkanya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma"
Hadis riwayat Abu Burdah Drp Abu Musa r.a.

bukan senangkan nak mencari nama anak....untuk mencari agar memberi makna yang baik sbb nama yang baik akan mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang muslim. dewasa ni masyarakat nak beri nama ikut suka-suka je tanpa melihat makna dan ejaanya dalam jawi...

Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesungguhnya pada hari kiamat kelak,manusia akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing sepertimana nama di dunia. Oleh itu,pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian".

ha..maksudnya Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak-anak masing2 dengan nama yang tercela yang membawa makna yang tidak baik.

nama-nama yang baik / digalakkan ialah
1. Nama-nama Nabi
2.Nama-nama yang diambil daripada Asma 'ul Husna
3.Nama-nama para sahabat nabi

manakala nama-nama yang dilarang

1. Nama-nama yang buruk menjadi cemuhan masyarakat dan menjatuhkan maruah
cth. sariq (pencuri), Ashiah (ahli maksiat), Kilab (anjing-anjing), atau jahil (bodoh)
2. Nama yang khusus kepada Allah cth Ahad (satu)
3. nama-nama yang idak membawa faedah
cth. Malikul Amlak (Maharaja dari segala raja), Aflah (dapat kemenangan), atau Yasar (Pihak kiri)
4. Nama-nama dengan sebutan ABD yang dikaitkan dengan sesuatu selain Allah
cth. Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Kaabah (hamba kaabah)


semua ini sebagai panduan untuk aku memberi nama anak..terlebih dahulu berpesan pada suami agar mencari nama anak yang baik,supaya mempunyai akhlak yang baik nanti,dunia akan datang pasti banyak cabaran untuk dia tempuhi...harapan kami agar anak yang kami lahirkan akan mempunyai akhlak yang baik dan sentiasa takut pada Allah.

amin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih