``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Saturday, June 19, 2010

Arah mana ni????


Tiba2 nak bercerita lah pulak....aku kupas dari sebuah majalah...bukan kupas bawang tau...hik2....citer tentang Arah yang tak tentu arah..

ceritanya begini................

seorang lelaki yang sedang sedang sesat jalan,berada di empat persimpangan.

"mana satu simpang yang harus aku pilih?" tanyanya kepada seseorang yang kebetulan berada di situ.

"kamu hendak kemana?ke mana destinasimu?"

"aku tidak tahu...."jawab lelaki itu.

"kalau begitu,apa kisahkan simpang yang mana...pilih saja mana satu."

ha....dari cerita ini agak....apa yang nak disampaikan ek......cuba fikir sejenak........

disebalik cerita ini pengajaranya ialah...tidak ada angin yang memihak kepada kapal yang tidak ada perlabuhan untuk dituju.sebaliknya,dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan dalam hidupnya. Tanpa panduan wahyu, manusia akan sibuk mencari. Namun,mencari sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti,apakah mungkin ditemui?

Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat
umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan,
terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang
kehidupan. Matlamat yang dibuat tanpa diiringi dengan
tindakan pula tidak akan menghasilkan suatu apapun
kecuali kekecewaan.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih