``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Saturday, June 19, 2010

Mencari cinta selepas lafas ijab dan kabul



kawan-kawan...jika membaca blog ini renungilah.....bercintalah kita selepas berkahwin .Alangkah seronoknya aku jika dulu aku tidak bercinta dahulu sebelum berkahwin. Pertemuan dengan suamiku adalah tidak disangka 3 tahun menyulam janji, Alhamdullilah aku bahagian kini....cuma kini perbanyakkan taubat agar rumahtangga diberkati....aku terjumpa sebuah buku dan ia sangat menyedarkan aku

"Sesiapa yang jatuh cinta,lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia,maka dia adalah seorang yang syahid"...ia aku inginkan syahid itu.

apabila aku melihat keadaan remaja sekarang ini alangkah sedihnya dihatiku,jika prinsip bercinta selepas berkahwin dipegang,tentu agong perkahwinan mereka. hu...hu..aku inginkan keagongan itu,aku inginkan kesempurnaan itu.....cinta yang bertandang dihati itu fitrah. Namun apabila disusuli tindak tanduk yang tidak Allah redhai,ia akan bertukar menjadi fitnah

wahai kawan-kawan..jangan kau cebiskan hati-hatimu dengan mencari cinta,ingatlah setiap manusia ada jodoh masing-masing..cepat atau lambat itu urusan Allah dan ia akan menjanjikan hikmah disebaliknya. ingatlah bahaya cinta sebelum berkahwin pasti kelak kita ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu, hati pula terseksa dengan barah rindu, rindu palsu akan membelengu minda hingga terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan, cinta lalai akan menyebabkan kita alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia akhirat.Selain itu, kita boleh jadi tidak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta, jiwa pula akan tergangu dalam menilai mana yang baik,dan mana yang buruk...dan yangaku takuti kini jika berjaya ke alam rumahtangga pasti ia terbina atas dasar maksiat,yang mengundang padah kepada peribadi zuriat nanti...inilah yang aku takuti.....semoga aku perbanyakkan taubat.



Bagi sesiapa sudah terlanjur bercinta,perbanyakkanlah istikharah. tidak rugi anda bangun ditengah malam sujud memohon keampunan dan mintalah pertunjuk,agar insan yang anda cintai itu benar-benarkan jodoh yang Allah ciptakan untuk anda. Sekali lagi aku katakan jangan kau cebis-cebiskan hatimu buat insan yang bukan jodoh yang diciptakan untuk kita. Bagi yang sudah berkahwin,yang dulu sebelum nikah saling bercinta sentiasalah kita sama-sama bertaubat agar kita diredhai Illahi dan melahirkan lagi ramai golongan pendakwah yang takutkan Allah.

wahai kawan-kawan yang masih muda remaja,termasuklah anak-anak sedaraku,yang kini sudah mengijak usia dalam kalangan remaja,ingatlah....Pergaulan di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

Tengok sahajalah masalah remaja kini, aku nak bercerita tentang seorang imam di kampung aku yang benar-benar diuji Allah dengan tingkah laku anak-anaknya. dua orang anaknya terllibat dengan masalah sosial.membuntingkan anak dara. sungguh tidak kita sangka bapa seorang imam diuji oleh Allah dengan anak-anaknya. kita dapat melihat kini,semua orang akan diuji dengan Allah,jadi perkuatkan diri kita dengan prinsip-prinsip yang kukuh.

kepada mereka yang belum bercinta atau sudah putus cinta,apa kata kembali kepada fitrah manusia,kembali mencari keredhaan Allah. Jangan dikesalkan jika kini orang yang anda cintai belum diketemui atau orang yang anda cintai dulu telah meninggalkan anda..ini bermakna ALlah sedang merancang sesuatu yang baik untuk kita. Aku bagi tips untuk kalian semua agar bersabar.

pertama: Tegas dengan Prinsip
kedua:Meletakkan misi yang jelas dalam hidup
ketiga:Bersahabat dengan kawan-kawan sejantina yang soleh
keempat:Mengekang hawa nafsu
kelima :Mendekati majlis ilmu
keenam:Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah
dan
ketujuh:Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.


Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.





KU TITIPKAN SEBUAH KISAH DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekkah termasuk Abu Bakar Al-Kattani danAl-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan ahli sufi,yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang termuda di dalam majlis tersebut.

Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal tersebut.

“Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda iraq." kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata, "Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah S.W.T.

Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya.

Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah.


Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."

Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata " Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. "Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian." kata mereka lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih