``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Monday, June 14, 2010

cintaku adalah milikmu setelah Allah dan Rasulullah....



Ku panjatkan kesyukuran pada mu Illahi dengan rahmat dan hidayah mu akhirnya resipi istikharah ku telah menjadi adunan kuih yang enak rasanya....aku bersyukur kerana kau memberikan aku seorang imam yang akan membimbing aku kejalan yang lurus,dan dijalan yang kau redhai....kerana dia lah suamiku,

dialah suamiku yang tidak pernah memaksa,mengungkit,dan sering menjaga hatiku. tidak sekali dia akan mebiarkan aku berada dalam dakapan kedukaan,dan tidak sekali dia mebiarkan aku kehausan kasih sayangnya..dialah insan yang tidak pernah lokek untuk mebantuku..baginya kerja-kerja dirumah adalah kerja-kerja untuknya jua. dia tidak pernah mebiarkan aku keseorang pasti akan membantuku, memasak,membasuh baju,menyidai baju,mengemas rumah..pendek kata aku tidak pernah terbeban dengan kerja-kerja rumah.semuanya telah dia uruskan sendiri. bersyukur Ya Allah kau berikan suami seperti dia.

Kau juga Ya Allah telah meberika suami untukku yang tidak sekali melupakanmu,bahan bacaanya adalah kalam suci-Mu ya Allah...dan bibirnya tidak pernak lengkah dengan zikir pada-MU seusai solat 5 waktu...dialah suami yang Kau berikan untukku yang sering menasihatiku kearah kebaikan.

dia lah suami ku yang sabar dan tabah dalam menharungi hidup,dibibirnya tidak pernah sekali-kali menyalahkan takdir tatkala mengahadai musibah.jika aku yang menyalahkanya dialah yang akan menasihatiku dan menjadikan aku seorang yang sabar dalam mengharungi hidup ini. ya Allah....berikan aku pahala sabar di akhirat nanti.

untuk suamiku kau lah insan yang aku cintai dan aku sayangi untuk selama-lamaya....


rumahtangga itu syurga dunia jika kau bijak mencipta kebahagiaanya,sebaliknya ia lubang neraka jika sikapmu menyebabkan kau terbeban melaluinya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih