``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Saturday, June 12, 2010

Bila jadi isteri army

Ni ler bila jadi isteri army,dok umah sorang2 x ada apa nak buat...last2 buka la blog lagi,pagi tadi dah buka. ni buka balik....sempatlah juga ber sms dengan suami bagitahu boring duduk rumah..suami pun amek hati ler...suruh dok sabar2 ler....t cuti leh g jalan-jalan...family pulak semua pakat-pakat p holiday...aku juga lah duduk kat rumah kebosanan. Tapi nak buat macam mana?? apa-apa pun aku ok jer.sebab dah bersedia pun.g satu aku pun dah biasa dengan bidang army ni. sejak dari umur 18 tahun aku dah berkecimpung dalam temporary army @ lebih mudah askar wataniah..dulu mula-mula prebet je.rezeki Allah dapat masuk U amek PALAPES jadi ler berpangkat sikit tp aku tak aktif pun nak turun latihan sebab dah malas dah...tak kena dengan jiwa pulak dah sekarang...sekarang lebih suka pada pendidikan,dan rumahtangga. Sebab tu aku tak janggal kena tinggal dengan suami..kadang-kadang geram jugak.tp bila fikir2 alahai nak buat apalah tensen-tensen...dah lumrah..suami pergi bekerja.bukan dia tak ingat kat aku.malahan aku bersyukur sangat dapat suami macam dia. Hanya Allah Maha mengetahui bahawa memang dia lah jodoh yang Allah ciptakan untuk aku insya-Allah. ha3...sebenarnya suami aku ni tak lah romantik tapi sanga-sangatlah caring...aku rasa selamat bila disamping dia. malahan aku sangat menghormati dia,dari segi beri pendapat,dan bertolak ansur. dia sama sekali tidak pernah merungut tentang aku dia menerima segala bentuk kekurangan dan kelebihan yang aku ada...hik3..menggunung tinggi pulak aku puji2 suami aku...dah tu sapa nak puji suami sendiri betul tak?....selama aku mengenali dia dah 4 tahun ni banyak jugaklah yang aku tahu tentang dia.tapi baru 6 bulan kawin.yer ler aku belajar dulu baru fikir kawin..aku kenal dia pun masa awal tahun 3 di U.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih