``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Wednesday, July 21, 2010

jagung oh jagung

ni ler kucing kesayangan ku omeng kojer dia lau lapar cari jagung,lau x dapat curi kat bawah tudung saji,kucing sapa ler ni ek.......???....aktivitinya setiap hari mengaru tak habis-habis....x leh lah lau bulu dia hinggap lalat ker,rimas katanya.....garu lagi....x henti-henti mengaru....mandikan sudah..siap bersabun dettol lagi tu,macam tu jugak feel dia....omeng-omeng....mcm x ada kerja lain......malam-malam memekak lau x dapat masuk rumah...habis semua tingkap nak dipanjatnya.....

keistimewaan kucing ni kan,dia boleh tenung jer tikus,tikus tu leh tersungkur depan dia...x percaya!!!!!!......satu hari tu kan tikus ni lalu ler atas loteng...omeng ni dari bawah tenung jer.....yang kitaorg 1 family ni tengok ler omeng...khusyuk betol tgk tikus tu berjalan...tiba-tiba...gedebuk!!...tikus tu jatuh betul2 depan omeng...besar pulak tu..aku rasa tikus tu bapak segala tikus lah....omen ni tak makan pun...tapi dibuat main jer.....playboy betol omeng ni...dah main tinggal jer macam tu ish2.....omeng2....sebenarnya kucing ni kitaorg jumpa masa ayah aku g amek cucunya kat sekolah...omeng ni tup2 masuk dalam bakul motor...ayah pun bawak balik elok jer duduk diam dalam bakul....tapi sekarang kitaorg test ler masukkan bakul...ek eleh...melompat keluar..x mau pulak......

selain itu,omeng ni pelik cikit,suka tangkap kaki orang yang berjalan...sapa2 lah..llagi2 kaki aku,geram tol..mujur aku tak jatuh tanggga,lau tak arwah ler aku..dengan memboyot2 ni,omeng boleh tangkap kaki aku kat tangga...selalu ler kena marah si omeng ni...skali dia majuk da...skrg x mau tangkap kaki orang g....axtvt dia mengaru jer ler.......hik2..ni ler omeng

Tuesday, July 20, 2010

Sunday, July 11, 2010

KENAPA AKU DIUJI?




. KENAPA AKU DIUJI?
•Surah Al-Ankabut ayat 2-3 •Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
•Surah Al-Baqarah ayat 216
• Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

•Surah Al-Baqarah ayat 286 • Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA FRUSTASI?
• Surah Al-Imran ayat 139 • Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

• Surah Al-Imran ayat 200 • Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Baqarah ayat 45 • Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

• Surah At-Taubah ayat 111 Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

• Surah At-Taubah ayat 129
• Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

• Surah Yusuf ayat 87 • dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. Surah An-Nisaa' ayat 86 • Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.

Thursday, July 8, 2010

kebas tanganku ini

hu3..rupanya ada hikmah disebalik knapa aku ngan hubby x pat lik klantan wat kenduri...rupa2 nya nak kena enjeksen kancing gigi lenguh tangan kiri ni..masa kena cucuk tadi excen ler ckit x sakit...tp bila vaksin ni masuk dah kat dlm urat tgn ni alamak...nak bwk keta pun x larat...keta dah ler racing..pakai manual...2 ler dlu nak li yg auto x mau kunun2 ler.....sesal dahulu pdptan sesal kemudian tangung ler ha3.......itu ler Allah dah merancang yg terbaik buat kita...agaknya lau aku balik mahu ler jugak aku ni demam sminggu ek...dah nak kena amek MC....ni aku malas lau MC2 ni....sbnarnya cucuk kancing gigi ni patut untuk ibu2 mgandung anak per1 mcm aku ni....perkataan kat bwh ni aku jumpa dlm laman web mana ntah...sesi soal jwb ler.....

http://www.cute-smiley.com


Pada rawatan baru-baru ini isteri saya telah mendapat suntikan kancing gigi untuk kali kedua selang dalam sebulan dari suntikan yang pertama...apakah kesan suntikan ini buat ibu dan anak yang dikandung boleh tak Dr berikan sikit komen...

Jawapan

Tujuan diberikan adalah untuk ibu tersebut membentuk satu daya tahan untuk sebarang kemungkinan yang akan dihadapi akibat dari pendarahan yang akan terjadi kesan daripada bersalin. Oleh itu, ianya adalah merupakan satu langkah preventif untuk menghindar sesuatu perkara yang buruk terjadi kepada ibu dan kandungannya. Penggunaan ATT tidak akan menyebabkan kecederaan kepada janin. Ini adalah kerana vacin yang diberikan tidak dapat melalui placenta.



Wednesday, July 7, 2010

minggu-minggu penuh detik

hu3...2 hari yang lalusempat aku menangis-nangis sampai bengkak kelopak mata aku....alahai suami x pat balik sebab kena duty 6 hari..sabar jer lah ni ler..pengorbanan seorang isteri askar...seorang jer tau!.....tapi bila pk2 pun buat penat aku nangis jer,bukan leh wat apa-apapun..yer ler..sepatutnya minggu ni aku dah masuk 7 bulan nak wat kenduri ler kat kampung,kampung hubby aku jugak....aku ni suka berjalan-jalan sekalipun balik umah mak mertua pun aku tak kisah...alhamdullilah lah aku bukan jenis yang tak tahan dok umah mak mertua.....aku suka jer lau nak balik kelantan asalkan balik ke kawasan kampung...aku lau diletakkan kat bandar tak sampai seminit aku dah mula rimas...mujur kawin dengan orang kampung jer hik3.......jadinya minggu ni aku tak kemana-mana lah hu3...aku pk nak buatkan blog untuk sekolah,alah blog untuk pendidikan khas jer...g pun cikgu kat PPKI tu kebanyakkannya aktif kat sekolah macam rugi pulak tak ada blog untuk diaorang ceritakan...lebih-lebih lagi selalu mendapat pujian dari pihak pejabat pendidikan daerah..kan bagus tu lau cikgu-cikgu ni berkongsi pengalaman......minggu ni sahaja diorang semua pergi Langkawi,aku jer tak pergi yer ler ingat nak lik kelantan...rupanya hampehhhhhhhh...............................

Wednesday, June 30, 2010

meniti hari-hari yang bosan II



ada sorang bekas samseng tu dia dan wifenya jual cucur udang setelah dia insaf dan tidak mengaktifkan dirinya dalam bidang kesamsingan lagi... setelah beberapa tahun berniaga maka terkenallah cucurnya seantero negerinya...
dan pada satu ari dgn tiba2 datangla sekumpulan manusia yg jugak samseng sepertinya satu ketika dulu hendak merasa sendiri kelazatan cucurnya seperti yg diperkatakan ramai makhluk...
maka sekumpulan samseng tu pun memborong habis kesemua cucurnya... dengan lahapnya ketua samseng tu merasmikan dulu merasai cucur tersebut...dan dengan tak semene2 ketua samseng tu pon kata...

" dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor udang pon aku tak nampak"

dan penjual cucur udang rasa bengang tahap maksima apabila disindir begitu... dia pun selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya...

"ooooo... cucur udang aku takde udang korang bising... tu... orang yg jual cucur badak tapi takde badak...korang tak bising pulak"



seorang pemuda memasuki sebuah kedai mamak utk minum..

ketika itu dia hanya mempunyai 70sen..

pemuda: mamak.berapa harga air teh sejuk dan air teh panas..?
mamak: panas 70sen..sejuk rm1.20..amacam..?mau apa.?
pemuda: kalau gitu.kasi saya air teh panas 1lah..

sebaik air teh tersebut sampai..pemuda itu terus minum dgn cepat.

mamak: apa pasal awak minum itu air cepat2..?
pemuda: kalau saya tunggu lama2.nanti sejuk lak air nih..nanti tak pasal2 saya kena bayar rm1.20 lak kang..

Monday, June 28, 2010

Kecederaan

saya jumpa atikal kat sebuah laman web....

Kecederaan adalah salah satu punca masalah perubatan yang sering berlaku. Ia melibatkan

semua kumpulan umur dan menjadi antara penyebab utama kemasukan ke hospital kerajaan
serta penyebab kematian di negara kita.
Kecederaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kecederaan akibat kemalangan
yang tidak disengajakan disengajakan dan kecederaan yang disengajakan.
Penyebab utama kecederaan disebabkan oleh kemalangan yang tidak disengajakan ialah :

• Kemalangan jalan raya
• Terjatuh
• Keracunan
• Terbakar
• Tenggelam dalam air

Penyebab utama kecederaan yang disengajakan ialah:
• Pergaduhan/diserang/jenayah keganasan dan pembunuhan
• Mencederakan diri sendiri seperti cuba membunuh diri
Kecederaan Kepala
Trauma dikepala boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat dari:
• Hentakan yang kuat secara langsung
• Hentakan yang kuat secara tidak langsung

Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang
teruk mengakibatkan
• Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak
• Bengkak pada tisu otak
• Kerosakan otak yang teruk.

Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan
kematian.
Kecederaan kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain,
terutamanya leher.
Siapa yang berisiko tinggi mendapat kecederaan kepala?
Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan yang paling berisiko terhadap
kecederaan kepala.

Kumpulan lain yang berisiko tinggi ialah
• Pengguna jalanraya
• Pekerja-pekerja binaan
• Ahli sukan tempur dan aktiviti lasak.

Bagaimana mengesan keadaan kecederaan kepala?
Pesakit yang ada kecederaan kepala mungkn menunjukkan tanda/gejala berikut:
• Terlibat dalam kemalangan atau kecederaan pada masa lalu
• Bengkak atau luka pada kulit kepala
• Sakit dan pening kepala
• Kabur pandangan
• Muntah
• Hilang ingatan
• Sawan
• Tahap kesedaran berkurangan/pengsan

Bagaimana mengesan kecederaan kepala yang serius?
Jika pesakit mengalami salah satu daripada tanda-tanda seperti berikut, kecederaan kepala

yang serius mungkin berlaku:
• Tahap kesedaran yang berkurangan
• Mengantuk yang teramat sangat
• Muntah yang berpanjangan
• Sakit kepala yang teruk
• Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan
• Tidak dapat bercakap dengan betul
• Penglihatan semakin kabur

Bagaimana saya boleh membantu orang yang mengalami kecederaan?
Sesiapa yang disyaki ada mengalami kecederaan kepala mestilah dibawa segera ke
kemudahan kesihatan (hospital/klinik).

Di tempat kejadian, alihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat. Angkat mangsa dengan
cermat bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk. Jika pesakit itu tidak sedarkan diri, anggap
mangsa mengalami kecederaan di leher. Gunakan alat penyokong leher atau ikat mangsa ke
papan yang keras.Ketika diangkat, gunakan 'splint' untuk mengelakkan pergerakan bahagian
tubuh yang cedera.
Rawatan kecemasan mungkin diperlukan. Lakukan pertolongan cemas sementara menanti
petugas yang terlatih tiba.
Apakah masalah lain yang berlaku akibat kecederaan kepala?
Kesan kecederaan kepala bergantung kepada keterukan kecederaan yang dialami.
Bagi konkusi otak (tidak sedarkan diri dalam tempoh singkat selepas berlakunya kecederaan
kepala), kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya selepas beberapa jam atau hari.
Bagi kecederaan kepala yang teruk seperti yang melibatkan pendarahan bahagian dalam otak,
pesakit mungkin pulih dengan mengalami ketidakupayaan kekal, malah boleh menyebabkan
kematian.
Bagaimana saya boleh mencegah kecederaan kepala?

1. Elakkan kemalangan
2. Untuk mengelakkan kecederaan akibat kemalangan jalanraya:
o Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan:
􀂃 Motosikal - pakai topi keledar dengan betul.
􀂃 Kereta - pakai tali pinggang keledar.
o Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua.
3. Bagi pekerja-pekerja binaan:
o Pakai topi keselamatan setiap masa
o Sentiasa patuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih