``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Wednesday, June 30, 2010

meniti hari-hari yang bosan II



ada sorang bekas samseng tu dia dan wifenya jual cucur udang setelah dia insaf dan tidak mengaktifkan dirinya dalam bidang kesamsingan lagi... setelah beberapa tahun berniaga maka terkenallah cucurnya seantero negerinya...
dan pada satu ari dgn tiba2 datangla sekumpulan manusia yg jugak samseng sepertinya satu ketika dulu hendak merasa sendiri kelazatan cucurnya seperti yg diperkatakan ramai makhluk...
maka sekumpulan samseng tu pun memborong habis kesemua cucurnya... dengan lahapnya ketua samseng tu merasmikan dulu merasai cucur tersebut...dan dengan tak semene2 ketua samseng tu pon kata...

" dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor udang pon aku tak nampak"

dan penjual cucur udang rasa bengang tahap maksima apabila disindir begitu... dia pun selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya...

"ooooo... cucur udang aku takde udang korang bising... tu... orang yg jual cucur badak tapi takde badak...korang tak bising pulak"



seorang pemuda memasuki sebuah kedai mamak utk minum..

ketika itu dia hanya mempunyai 70sen..

pemuda: mamak.berapa harga air teh sejuk dan air teh panas..?
mamak: panas 70sen..sejuk rm1.20..amacam..?mau apa.?
pemuda: kalau gitu.kasi saya air teh panas 1lah..

sebaik air teh tersebut sampai..pemuda itu terus minum dgn cepat.

mamak: apa pasal awak minum itu air cepat2..?
pemuda: kalau saya tunggu lama2.nanti sejuk lak air nih..nanti tak pasal2 saya kena bayar rm1.20 lak kang..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih