``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Monday, June 7, 2010

REZEKI YANG CUKUP VS REZEKI YANG TIDAK CUKUP-CUKUP.

suami dah balik ipoh semula,minggu ni tak jadi ler nak pergi ipoh dok ngan suami..sbb suami masih masuk hutan lagi minggu ni. Tapi tak apa sebab aku dah biasa dengan keadaan sekarang...lagipun suami mencari rezeki. sebagai salah satu cara tak membuang masa jenguk2 ler blog...mana-mana yang boleh ditulis aku tulis ler mana yang tak..simpan-simpan ler tol tak....???. tadi sambil-sambil selongkar barang lama terjumpalah majalh SOLUSI...banyak ilmu yang kita boleh dapat dari buku ni. Berminat pula dengan tajuk REZEKI YANG CUKUP VS REZEKI YANG TIDAK CUKUP-CUKUP.

ok,nak dijadikan satu ceritalahkan...sebenarnya kita tak rugi apa-apa pun kalau kita selalu sedekah, pada azalinya wang yang kita sedekahkan kita nampak duit kita berkurang. contohnya dalam poket kita ada RM 15 kita sedekahkan kat orang RM 5 jadi tinggal RM10,huh! kita pun terasa sangat lah rugi.sebebnarnya tidak. Bagi Allah sekiranya kita ikhlas hati bersedekah wang kita tidak akan berkurang malahan bertambah.

dalam surah al-Baqharah: Ayat 261 "bandingkan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti bijih benih yang menerbitkan 7 tangkai, tipa-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 bji.dan ingatkan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya".

aku ingin berceritalahkan...satu hari tu aku dan suami balik ke kelantan,biasalah aku kan suka berjalan jadinya aku teringinlah makan kat pasar Siti Khadijah. makan punya makan sampai tang nak bayar kena bayar banyak ai! peliknya..kena tipu ker...tp aku cakap dengan suami tak apalah mungkin bukan rezeki kita,anggap sahajalah kita bersedekah,tapi kalau dia tipu itu urusan dia dengan Allah...lepas tu kitaorang pun g lah singgah rumah Pak Long...biasalah berziarahlah katakan. tup-tup bila kami nak balik Pak Long bagi kami duit 2x ganda dari duit yang kami kena tipu,kami x bercerita pun perihal kami makan tu.Itulah,kalau kita benar-benar ikhlas pasti Allah akan beri ganjara..sekiranya perkara ini berlaku pada anda apa yang anda fikirkan???

ok,satu lagi aku ingin bercerita,kisah ni kira-kira sebulan yang lalu,biasalah hujung2 bulan kan gaji kita dah nak kering...pulak tu sambutan hari guru pulak..kena beli hadiah ni sebab nak bertukar-tukar hadiahlah katakan. masa tu memang tak cukup duit beb!...hu...hu...sabar jer lah.....tapi aku tetap juga mengadakan duit,koreklah mana-mana pun bagi cukup jumlah harga yang ditetapkan. aku bawak ahli kelurgaku sekali...ialah nak ikut lah katakan.bila nak balik tu tak sedap hati pulak kalau tak belanja makan. duit aku masa tu dah hampir kering nak cukupkan seminggu lagi ni nak gaji. macam mana ni...??? tapi aku tetap jugak singgah dikedai makan,aku ambil lauk sikit je...mana ler tahu sbb lauk aku jer dah kena bayar mahal...makan punya makan,sambil berkira-kira. aku pun nak p bayarlah....hanya Allah je yang tahu,jumlah duit yang aku kena bayar sungguh tak disangka...sangat tidak berbaloi dengan apa yang aku kena bayar...pada masa itu hanya Allah yang Maha tahu. bila hati kita ikhlas untuk bersedekah lagi-lagi dengan keluarga kita Allah pasti akan permudahkan...

sebenarnya hidup kita ni jangan sekali-kali kita kedekut untuk menghulur. sebabnya kadang-kaang ada orang berpendapatan kecil,tapi boleh hidup terarah,anak-anak baik,suami isteri yang soleh dan solehah sebab hidupnya berkat walaupun tidak kaya,hati tetap tenang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih