``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Monday, June 7, 2010

Melestarikan cinta

Ada sebuah artikal sesi soal jawab yang aku jumpa tentang seorang isteri yang sangat sayangkan suaminya,dia sering fikirkan suaminya yang berjauhan,berbagai-bagai ingatan yang menghantui dirinya, sering bertanya-tanya adakah suaminya selamat?bagaimanakah makan,minum,pakai,tidur dan sakit demam suaminya. Kadang kala dia kerap tertanya-tanya apakah suaminya setia seperti dirinya yang setia. Dia bertanyakan bagaimanakah hendak meredakan hatinya??.

Sesi soal jawab ini mengingatkan keadaan aku, beginilah yang aku rasai bila berjauhan dengan suami. Tapi demi perjuangan suami dan cita-citaku yang inginku kejar,aku pejamkan mata perasaan ini. Insya-Allah jika aku bersabar aku pasti dapat menyempurnakan semua. Ok kembali pada artikal tersebut jawapanya isteri itu ditanya semula adakah dia benar-benar menyintai suaminya? Aku berhenti sejenak dan bertanya pada diriku adakah aku menyintai suamiku?...hal ini kerana jika kita menyintai seseorang kita perlu ‘belajar’ mempercayainya. Prasangka itu bukan elemen cinta sebaliknya pertanda kebencian.

Cinta itu membahagiakan. Benar ia diuji tetapi ujian dalam bercinta selalunya ‘seronok’ dihadapi. Kerana apa? Kerana kesusahan demi kecintaan adalah satu kemanisan jua. Misalnya, memang susah ibu membesarkan anaknya, tetapi apakah ibu rasa derita?Tidak, ibu boleh tersenyum dalam penderitaan demi kepada anak. Begitulah sewajarnya seseorang isteri,demi cintanya, tega dan rela ia menanggung derita.

Prasangka dari syaitan. Syaitan tidak mampu kita lawan. Perisai menghadapi hanyalah berlindung kepada Allah. Ingat hati kita kepada Allah,akan mengusir prasangka yang menjadi alat syaitan untuk merosakkan hubungan rumahtangga kita. Jadi, minta bantuan Allah,melaui solat dan munajat, melalui taubat dan doa. Ingat, cintakan suami mesti didasarkan cinta Allah. Kita mestilah sangka baik kepada Allah, sangka baik kepada suami. Biarlah cinta Allah melestarikan cinta kita sesama manusia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih