``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Wednesday, June 30, 2010

meniti hari-hari yang bosan II



ada sorang bekas samseng tu dia dan wifenya jual cucur udang setelah dia insaf dan tidak mengaktifkan dirinya dalam bidang kesamsingan lagi... setelah beberapa tahun berniaga maka terkenallah cucurnya seantero negerinya...
dan pada satu ari dgn tiba2 datangla sekumpulan manusia yg jugak samseng sepertinya satu ketika dulu hendak merasa sendiri kelazatan cucurnya seperti yg diperkatakan ramai makhluk...
maka sekumpulan samseng tu pun memborong habis kesemua cucurnya... dengan lahapnya ketua samseng tu merasmikan dulu merasai cucur tersebut...dan dengan tak semene2 ketua samseng tu pon kata...

" dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor udang pon aku tak nampak"

dan penjual cucur udang rasa bengang tahap maksima apabila disindir begitu... dia pun selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya...

"ooooo... cucur udang aku takde udang korang bising... tu... orang yg jual cucur badak tapi takde badak...korang tak bising pulak"



seorang pemuda memasuki sebuah kedai mamak utk minum..

ketika itu dia hanya mempunyai 70sen..

pemuda: mamak.berapa harga air teh sejuk dan air teh panas..?
mamak: panas 70sen..sejuk rm1.20..amacam..?mau apa.?
pemuda: kalau gitu.kasi saya air teh panas 1lah..

sebaik air teh tersebut sampai..pemuda itu terus minum dgn cepat.

mamak: apa pasal awak minum itu air cepat2..?
pemuda: kalau saya tunggu lama2.nanti sejuk lak air nih..nanti tak pasal2 saya kena bayar rm1.20 lak kang..

Monday, June 28, 2010

Kecederaan

saya jumpa atikal kat sebuah laman web....

Kecederaan adalah salah satu punca masalah perubatan yang sering berlaku. Ia melibatkan

semua kumpulan umur dan menjadi antara penyebab utama kemasukan ke hospital kerajaan
serta penyebab kematian di negara kita.
Kecederaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kecederaan akibat kemalangan
yang tidak disengajakan disengajakan dan kecederaan yang disengajakan.
Penyebab utama kecederaan disebabkan oleh kemalangan yang tidak disengajakan ialah :

• Kemalangan jalan raya
• Terjatuh
• Keracunan
• Terbakar
• Tenggelam dalam air

Penyebab utama kecederaan yang disengajakan ialah:
• Pergaduhan/diserang/jenayah keganasan dan pembunuhan
• Mencederakan diri sendiri seperti cuba membunuh diri
Kecederaan Kepala
Trauma dikepala boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat dari:
• Hentakan yang kuat secara langsung
• Hentakan yang kuat secara tidak langsung

Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang
teruk mengakibatkan
• Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak
• Bengkak pada tisu otak
• Kerosakan otak yang teruk.

Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan
kematian.
Kecederaan kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain,
terutamanya leher.
Siapa yang berisiko tinggi mendapat kecederaan kepala?
Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan yang paling berisiko terhadap
kecederaan kepala.

Kumpulan lain yang berisiko tinggi ialah
• Pengguna jalanraya
• Pekerja-pekerja binaan
• Ahli sukan tempur dan aktiviti lasak.

Bagaimana mengesan keadaan kecederaan kepala?
Pesakit yang ada kecederaan kepala mungkn menunjukkan tanda/gejala berikut:
• Terlibat dalam kemalangan atau kecederaan pada masa lalu
• Bengkak atau luka pada kulit kepala
• Sakit dan pening kepala
• Kabur pandangan
• Muntah
• Hilang ingatan
• Sawan
• Tahap kesedaran berkurangan/pengsan

Bagaimana mengesan kecederaan kepala yang serius?
Jika pesakit mengalami salah satu daripada tanda-tanda seperti berikut, kecederaan kepala

yang serius mungkin berlaku:
• Tahap kesedaran yang berkurangan
• Mengantuk yang teramat sangat
• Muntah yang berpanjangan
• Sakit kepala yang teruk
• Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan
• Tidak dapat bercakap dengan betul
• Penglihatan semakin kabur

Bagaimana saya boleh membantu orang yang mengalami kecederaan?
Sesiapa yang disyaki ada mengalami kecederaan kepala mestilah dibawa segera ke
kemudahan kesihatan (hospital/klinik).

Di tempat kejadian, alihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat. Angkat mangsa dengan
cermat bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk. Jika pesakit itu tidak sedarkan diri, anggap
mangsa mengalami kecederaan di leher. Gunakan alat penyokong leher atau ikat mangsa ke
papan yang keras.Ketika diangkat, gunakan 'splint' untuk mengelakkan pergerakan bahagian
tubuh yang cedera.
Rawatan kecemasan mungkin diperlukan. Lakukan pertolongan cemas sementara menanti
petugas yang terlatih tiba.
Apakah masalah lain yang berlaku akibat kecederaan kepala?
Kesan kecederaan kepala bergantung kepada keterukan kecederaan yang dialami.
Bagi konkusi otak (tidak sedarkan diri dalam tempoh singkat selepas berlakunya kecederaan
kepala), kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya selepas beberapa jam atau hari.
Bagi kecederaan kepala yang teruk seperti yang melibatkan pendarahan bahagian dalam otak,
pesakit mungkin pulih dengan mengalami ketidakupayaan kekal, malah boleh menyebabkan
kematian.
Bagaimana saya boleh mencegah kecederaan kepala?

1. Elakkan kemalangan
2. Untuk mengelakkan kecederaan akibat kemalangan jalanraya:
o Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan:
􀂃 Motosikal - pakai topi keledar dengan betul.
􀂃 Kereta - pakai tali pinggang keledar.
o Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua.
3. Bagi pekerja-pekerja binaan:
o Pakai topi keselamatan setiap masa
o Sentiasa patuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja.

Friday, June 25, 2010

Pergi dan Kembalinya membawa 1000 erti



kepada blogger2...mohon panjatkan doa buat anak saudaraku yang kini berada di Hospital Sungai Buloh. Terlalu pahit untuk kami sekeluarga menerima kenyataan ini, tp jika sudah suratan takdir dan Allah telah menetapkannya,ini adalah ujian dari Allah buat kami sekeluarga.....

dari seorang pelajar yang lincah dan harapan sekolah....seorang yang cerdas dan peramah kini terlantar bisu di ICU. semasa pembedahan Dr mengesahkan otak sudah tidak berfungsi lagi...setelah jatuh sendiri dari motor...dan terdapat pendarahan di dalam otaknya.....

aku benar2 tidak sanggup untuk melihatnya,dengan wayar-wayar berselirat....hanya mesen sebagai penyambung nyawa....jika ditakdirkan umurnya panjang..kami amat2 memanjatkan kesuyukuran semoga ia kembali sihat dan cerdas seperti dulu...sapa sangka semalam dia ketawa riang tiba2 hari ini dia sudah tidak membalas lagi gelak dan tawa kami,malahan dia juga sudah tidak mampu berbuat apa-apa apabila kami menangis di birai katilnya......

jika ditakdirkan dia sudah suratan Allah mencabut nyawanya....semoga dia dikalangan orang-orang yang soleh.............kepada mohammad mahfuz semoga kau cepat sembuh...amin

Thursday, June 24, 2010

Keterbiasaan


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan
sesuatu kepada
murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di
tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru
itu berkata,
"Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya
ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka
berserulah
"Kapur!",
jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid muridnya
pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara
kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,"Baik
sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya
angkat pemadam,
maka katakanlah "Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid
tadi keliru dan kekok,dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,
mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru
tersenyum kepada
murid-muridnya.
"Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang
haq itu haq,yang
bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya.
Namun kemudian,musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan
perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan
sebaliknya.Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kitamenerima hal tersebut,
tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara
menarik oleh mereka,akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal
itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan
menukar nilai
dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak
lagi sesuatu yang
pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi
menjadi hal yang
lumrah,sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah
terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya.
Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet.Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada
yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru
memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia
memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan
musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan
menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina
dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari
pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka
dibina tapak yang kuat.Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka
bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah,
tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja
hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan
dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru
rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia
tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan
meletihkan anda. Mulai dari
perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain,
sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang
Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,
Perang Tartar,dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah
Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya
hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan
bangkit serentak,baru mereka akan sedar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali
ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar
terik tatkala
anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan
pikiran masing-masing
di kepalanya...

printer oh printer......


sakit hati aku hari ini hanya ALLAH Maha mengetahui......sakan ler aku hari ni cari barang-barang baby....pegi pula dengan suami...bayangkan ler bukan senang beb!...dah nak masuk 7 bln ni baru ler dpt g cari barang-barang baby yg comel2.....best2...mmg comel2.....habis berauts jugak kpala pun mcm nak senget dah.....kecik bukan sebarang kecik tau.....kecik tu sgt ler mahal..ha3....lepas p cari2 tu,terfikir ler nak li printer baru....aku pun g ler kiosk2 yang ada kat bawah pasar raya....wa....sakitnya hatiku ini....masih trasa ni lagi tau sakitnya......boleh mamat cina,ngah minah melayu tu buat tak layan dengan aku..apa dia ingat aku sengkek ker wei.......niat nak beli dah jadi niat sakit hati...geram beb.....mentang-mentang ler aku pakai baju biasa2.....aku penat ler panggil2 kak!kak! budak tu leh pulak baca novel...tolong...hatiku sakit................

Tuesday, June 22, 2010

Apa salah dia.....

hu....hari ni meng up date blog lagi lah....ye lah orang2 sedang pregnant ni mana boleh nak tidur-tidur siang, tak elok mak kata. Tapi dalam islam pun ada diberitahu tak elok tidur diwaktu petang-petang macam ni...ha...dah 2 hari bersekolah, semalam isnin rasa malas je nak ke sekolah...tapi semangat tu ada,yer ler dah 2 minggu tak jumpa anak-anak. Nak tengok telatah diaorang...yang kadang kala buat hati ni terhibur lah juga. Apa tak nya kadang-kadang kawan-kawan tu elok je duduk diam, tiba-tiba kawan lain diketuknya,ntah sebab apa pun tak tahu agaknya saja nak lepas geram. cikgu-cikgunya pun suka bergurau dengan budak-budak ni....yer lah anak-anak istimewa kita kena selalu mengikhlaskan hati untuk mendidik mereka.



apa yang aku nak tulis kat sini bukan pasal anak-anak murid aku ni,tapi nak citer pasal ikan keli belaan kitaorang,dah la diberi nama Sholeh....sbb ikan keli Afrika besar ler sesangat...masa cuti sekolah dua minggu tu rupanya ikan ni mati,bukan x ada sapa yang tak jaga ada PPIM pendidikan khas slalu bagi makan,tapi pada hari sabtu dan ahad cuma ada Pak Guard ajalah. Sekali hari isnin PPIM jumpa ikan ni dah terdampat di atas batu,maksudnya ikan ni telah dikeluaran dari bekasnya...dan yang menjadi tanda tanya jaring yang mengikat penutup bekas ikan ni digulung-gulung cantik jer....maksudnya ikan ni dikeluarkan.....bukan sebab dia melompat atau apa sahaja kemungkinan...cuma yang menjadi kemusykilan kenapa mesti orang menganiaya ikan ni..sedangkan ikan ini menjadi hiburan buat pengungjung ke pendidikan khas di sini,anak-anak murid pun terhibur je bila beri makan ikan ni,sebab ikan ni suka makan. pulak tu ikan sepat yang dibela pun hilang beberapa ekor..agak-agak sapalah yang amek ek????.....kalau amek pun nak buat apa?jual? makan?....kalau jual hasil dari menjual tu dibuat apa,tak takut ke tak berkat...pas 2 kalau makan,tak kan makan dengan keluarga..agak-agak sampai betul hati orang tu kan bagi makan benda tak halal....bukan nak tuduh sapa-sapa...cuma untuk renungan kita bersama......



sanggup sekali kita memberi makan perkara yang tidak halal kepada anak-anak kita,keluarga kita atau sebagainya...bukan kah dengan memberi makanan yang tidak halal akan melahirkan mereka yang gelap hatinya...tidak mahu menerima petunjuk dan hidayah Allah....sebab itu agaknya ramai sekali kes-kes sosial di zaman ini...renungkanlah.

Monday, June 21, 2010

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih