
menarik pulak aku baca cerita ni,teringat nak letakkan dalam blog aku...
ada seekor anak katak dia baru pulang dari dari sawah padi, tercungap-cungap berjump ayahnya.
"Ayah,saya baru pulang dari bermain di sawah padi. Saya jumpa seekor binatang yang namanya kerbau...."
"Ah,apa dihairankan?" kata bapa katak walaupun sebenarnya dia tidak pernah melihat kerbau.
"kerbau sangat besar ayah"
"Ah,ada sebesar ini?" tanya bapa katak sambil mengembungkan perutnya.
"tak ayah,lebih besar lagi...."
"ada sebesar ini?" kata bapa katak membesarkan lagi perutnya.
anak katak mengelengkan-gelengkan kepalanua. Bapa katak bertambah geram dan marah.
"Ada sebesar ini?" perutnya menjadi sangat besar hingga nafasnya tercungap-cungap.
anak katak terus menidakkanya. Perut katak dikembungkan lagi. Begitulah berlakunua berulang-ulang kali
Pop! perut bapa katak meletup.Bapa katak pun mati.Anaknya kebingungan,mengapa ayahnya sanggup mati hanya kerana hendak menandingi 'kebesaran' seekor kerbau.
ha....apa pengajaran ek yang kita leh dapat dari cerita ni???
nak tahu tak lau kita berlagak kaya menjadikan kita papa. Ada pihak yang beria-ia ingin mempromosikan @ menunjuk-nunjuk kekayaanya,padahal ahli hikmah mengungkapkam.jika seseorang perlu memberitahu pada orang lain yang dia kaya,dia sebenarnya tidak kaya. Contohnya kita melihat orang itu kaya,beria-ia benar dia bercerita dia memiliki banyak harta,menunjuk-nunjuk apa yang dimiliki,dan kita terikut-ikut ingin menjadi seperti dia,walhal hutang keliling pinggang akhirnya menangung hutang...
SELAMAT BERAMAL>>>>>>>

No comments:
Post a Comment