``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Friday, June 4, 2010

Sebuah Hadiah yang Ringkas

Hadiah Yang Ringkas boleh dijadikan hadiah unik daripada anda kepada mereka di sekeliling anda.

Hadiah mendengar

Cuba berikan ini kepada seseorang yang memerlukannya. Dan anda perlu betul-betul mendengar. Jangan menyampuk, jangan mengelamun, jangan merancang balasan anda. Cuma dengar.

Hadiah menunjukkan kasih sayang

Bermurah hatilah dengan pelukan, ciuman dan sentuhan tangan ( untuk yg dah berkahwin sahaja!). Biarkan tindakan ringkas ini menunjukkan kasih sayang dalam diri anda.

myspace layouts

myspace layouts



Hadiah nota

Ia mungkin yang ringkas seperti, "Saya Sayangkan Awak" atau yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota anda di tempat yang akan mengejutkan orang tersayang.

Hadiah gelak-ketawa

Cuma guntingkan gambar kartun, atau simpan sebuah rencana yang menarik hati. Hadiah anda boleh bertajuk, "Saya suka ketawa bersama awak."

Hadiah puji-pujian

Pujian ringkas seperti, "Awak kelihatan segak berbaju biru" atau "Makan
malam yang enak" mungkin tidak ternilai bagi mereka yang terasa dirinya tidak dianggap istimewa.

Hadiah pertolongan


Tolong mencuci pinggan mangkuk, melakukan kerja-kerja ringan, dll.

Hadiah membiarkan seseorang bersendirian

Ada ketika dalam hidup kita apabila kita hanya inginkan supaya
dibiarkan sendirian. Cuba bersikap lebih peka terhadap saat-saat begini dan berikan peluang bersendirian.

Hadiah sikap periang

Cuba bersikap periang apabila berdamping dengan orang yang disayangi.

Hadiah permainan

Tawarkan diri untuk bermain permainan kegemaran orang tersayang. Walaupun anda kalah, akan tetap seorang pemenang.

Hadiah doa

Berdoa untuk orang tersayang dan biar mereka tahu anda berdoa untuk
mereka.

Sebanyak mana kita berdoa untuk insan yang kita sayangi dalam sehari?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih