``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Sunday, June 20, 2010

Permudahkanlah urusan perkahwinan

Baru sebentar tadi kawan baik aku memberitahu dua kejutan yang di terima hari ini oh….rupanya teman lelaki dia nak masuk meminang….Alhamdullilah aku panjatkan kesyukuran pada-Mu ya Allah akhirnya seorang-seoang rakan-rakan aku akan mengijak alam rumahtangga yang sangat mendamaikan. Kenapa tak percaya??..alam rumahtangga adalah alam yang paling mendamaikan tau…tak percaya? Cepat-cepatlah kawin. Tapi kawan aku ni ada masalah lah pulak.Pk budget…bedget….oh budget……masa aku kawin dulu pun aku rasa macam ni jugak tapi alhamdullillah berkat nak mendirikan masjid orang kata semua akan dipermudahkan oleh Allah……..sebelum aku berkahwin dulu ramai kawan-kawan yang dah berkahwin memberi nasihat agar tidak takut soal kewangan. Bila aku sudah merasai iyer! tak iyer! jugak kan memang betul apa orang kata,walaupun kewangan genting saudara mara nak itu,nak ini tapi dapat jugak aku selesaikan dengan mudah….pernah satu hari aku bawa duit cukup-cukup untuk barang yang aku nak beli, tak ku sangka duitnya masih berbaki dan masih boleh membeli barang yang lain. Tp ingat dengan syarat kita tidak membazir supaya walimatulurus kita diberkati Allah…Alhadullilah selesai sahaja ijab dan Kabul tiada sebarang pembaziran semasa majlis di adakan.Makanan benar-benar mencukupi tidak kurang dan tidak berlebihan,begitu juga dengan cenderahati. Cuma kemuskilannya yang terfikir dibenak ini, kenapa zaman ini, pasangan yang ingin berkahwin perlu melalui berbagai kesukaran?

Jika memang telah dikenali pula, masalah akan timbul bila sampai kepada keluarga. Ada keluarga yang faham, mengizinkan anak bernikah ketika mulutnya bersuara minta izin. Ada yang meletakkan syarat pula seperti tunggu tamat belajar, atau tolong bantu adik-adik belajar. Apa bila seorang itu menyuarakan hasrat ingin berkahwin, bermakna dia telah pun bersedia, ada keinginan untuk berumah tangga dan tahu akan tanggungjawap yang bakal dipikulnya. Tidak kira apa alasannya dia ingin berkahwin, bila dia bersuara meminta izin ,maka dia sudah termasuk dalam kategori wajib. Jika dia belum bersedia, masih boleh mengawal keadaan dirinya, maka tentu seseorang itu tidak menyuarakan hasrat hatinya, apatah lagi jika dia masih lagi belajar. Sebenarnya proses berkahwin tidak sukar jika adat-adat yang membelenggu masyarakat orang melayu tidak terlalu dipatuhi. Contohnya adat meminta sejumlah nilai wang hantaran, mengadakan berbagai majlis sepeti majlis bertunang, majlis bernikah, majlis kenduri dan majlis bertandang atau sambut menantu.

Semasa meminang, selalunya ibu bapa pasangan lelaki atau setengah orang menggunakan wakil, akan bertanya dan berbincang berapakan nilai wang hantaran yang diinginkan oleh pihak perempuan. Bagi ibu bapa perempuan yang faham dengan kehendak dan syariat Islam, mereka langsung tidak menetapkan sebarang nilai.

Mereka akan menyerahkan kepada pihak lelaki sendiri yang menetapkan kerana bagi mereka nilai wang hantaran itu sebenarnya adalah hadiah kepada mereka. Membesarkan, mendidik dan mengkahwinkan anak perempuan memang sudah menjadi tanggungjawap yang telah diamanahkan oleh Allah. Jadi tidak timbul yang dikatakan bayaran kepada ibu bapa kerana mempunyai anak perempuan.

Ada setengah ibu bapa meletakkan sejumlah nilai kepada anak perempuan mereka berdasarkan tahap pendidikan dan pekerjaan. Jika anak berkelulusan SPM, begini nilai wang hantarannya, jika anak ada ijazah, begini nilainya, jika ada master atau Ph.D begini nilainya. Jika kerjanya pensyarah atau doktor atau guru, nilainya begini, jika kerja kilang nilainya begini. Kenapa perlu ada nilai-nilai yang perlu ditetapkan?

Alasan mereka jika pendidikan tinggi, mereka dah keluar banyak duit. Bukankah mendidik dan memberikan pelajaran kepada anak-anak itu kewajiban ibu bapa?

Lagipun, dengan meletakkan satu nilai yang tinggi, akan ada penawaran dipihak lelaki, anak perempuan itu macam jadi seperti barang pula. Bagaimana pihak lelaki tidak menawar, jika nilai yang diletakkan itu mereka tidak mampu untuk memenuhinya. Ikutkan pihak lelaki pun tak nak menawar, tetapi nilai itu tinggi, hingga diluar jangkauan dan kemampuan mereka.



Bila pihak lelaki kata tak mampu, ibu bapa perempuan jawap, "kalau nak anak kami, mestilah bersungguh adakah nilai hantaran yang kami minta tu". Memang nak, tapi nak bersungguh macamana lagi jika bekerja dengan nilai gaji RM 2000 sebulan, bayar duit kereta , katakan RM 500, sewa rumah RM 200, petrol RM 300, makan minum sendiri 1 hari RM15, 30 hari x RM15 = RM450, tanggung jawap bantu ibu bapa RM 300, berapa baki nak menabung? RM 250 x 12 bulan = RM 3000. Berapa tahun nak kumpul untuk mencukupkan duit hantaran? Dalam masa yang sama, setiap tahun ada perayaan, nak hidupkan road tax, nak bayar income tax juga. Ini langsung tidak ada dalam kiraan untuk berinfaq.

Konon nak uji lelaki tu, adakah bersungguh mahu anaknya, kalau lelaki itu bersungguh dia akan usaha. Nak usaha macamana, jika dah rezeki secupak, takkan serta merta jadi segantang dalam tempoh sehari dua kecuali merompak atau menyamun. Atau nak suruh bakal menantu berhutang?

Sebenarnya mana-mana ibu bapa meletakkan nilai wang hantaran yang tinggi itu sebenarnya, mahu menyusahkan anak menantu selepas kahwin, sebab lepas kahwin terpaksa membayar hutang perkahwinan.

Sepatutnya ibu bapa anak perempuan tak payah letak nilai wang hantaran pun, sebab wang hantaran tu sebenarnya adalah hadiah dari bakal menantu kepada ibu bapa pihak perempuan bagi membantu mengadakan majlis walimah. Jadi jika wang itu diberikan sebagai membantu majlis walimah, maka majlis yang diadakah sekadar ikut nilai yang diberikan sudah la. Ini nak adakan majlis besar, maka minta nilai nilai yang tinggi. Itu yang tidak patutnya.

Itu fenomena jika telah bekerja, bagaimana pulak jika sedang belajar? Nak minta sejumlah nilai jugakah? Mana nak dapat, jika sedang belajar. Kata awal dalam perbincangan, setuju, jika anak sedang belajar berkahwin, maka jika setuju dan mengizinkan, lagilah perlu pertimbangan. Jika tidak menetapkan sebarang nilai, maka terima sajalah berapa nilai yang akan diberikan oleh bakal menantu itu.

Dengan tidak meletakkan sebarang nilai,adalah lebih mudah untuk anak itu berkahwin.Terima sahaja berapa nilai yang bakal menantu itu sanggup berikan. Sekiranya jika dia kata nak berikan sejumlah nilai ini, tapi hutang dulu, hatta ibu bapa patut terima juga sebab dalam Islam sendiri, mahar pun boleh berhutang. Sedangkan mahar tu bukan tinggi mana pun.Maka jelas di sini Rasullulah sendiri tidak memberatkan soal untuk berkahwin kepada anak-anak muda.

Jika kata, kita hidup bermasyarakat, nanti orang tanya berapa, atau ada yang tahu sebab dengar dalam majlis masa meminang, malu jika nilai wang hantaran rendah,macam anak tu tak ada harga...

Ini satu lagi salah tanggapan dalam masyarakat yang perlu dibetulkan.Dimana nilai seorang muslimah itu? Bagi saya nilai seorang muslimah itu bukan kepada sejumlah nilai wang hantaran yang diminta atau diberikan oleh seorang lelaki. Nilai muslimah tidak terhitung harganya.

Untuk memudahkan atau tidak mahu sesiapa tahu jumlah yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan, berbincang awal berkaitan nilai wang hantaran itu.Kalau kata jarak jauh , susah nak bertemu, kemudahan telefon kan ada. Maka bincang awal-awal dan dapatkan kata putus atau persetujuan. Dan maklumkan , bahawa bila datang meminang nanti, soal nilai hadiah wang hantaran tidak akan disebutkan atau dibincangkan di dalam majlis.

Sepatutnya memang masa meminang, pihak lelaki perlu sebut berapa nilai hadiah wang hantaran mereka nak berikan dan capai persetujuan supaya jelas dan telus. Tidak ada sebarang perkara berbangkit dikemudian hari.Digalakkan bila berbincang soal hadiah wang hantaran ini, hanya diantara ibu bapa pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan sahaja. Ini adalah lebih mudah lagi. Bila persetujuan dicapai, jika rasa tak mahu war-warkan, tak payah bagitahu sapa-sapa.

Jika menggunakan wakil, bagitahu awal-awal apa kehendak kita. Tapi ada juga di dalam satu majlis peminangan tu, kata sepakat antara ibu bapa pasangan telah dicapai sebelum majlis,ketika majlis berlangsung ada pulak suara-suara seperti bapa saudara, tok saudara, tok imamlah, tok penghulu lah yang campur tangan. Ini yang susahnya.Mereka pulak yang memandai meletakkan harga...

kita tidak perlulah jemput ramai orang ketika majlis peminangan atau bertunang itu. Dalam Islam sendiri pun tidak digalakkan mewar-warkan pertunangan.Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih