``

menerima TEMPAHAN mini cheese tart pelbagai perisa untuk majlis-majlis perkahwinan,hantaran,akikah,pertunangan

Tuesday, June 22, 2010

Apa salah dia.....

hu....hari ni meng up date blog lagi lah....ye lah orang2 sedang pregnant ni mana boleh nak tidur-tidur siang, tak elok mak kata. Tapi dalam islam pun ada diberitahu tak elok tidur diwaktu petang-petang macam ni...ha...dah 2 hari bersekolah, semalam isnin rasa malas je nak ke sekolah...tapi semangat tu ada,yer ler dah 2 minggu tak jumpa anak-anak. Nak tengok telatah diaorang...yang kadang kala buat hati ni terhibur lah juga. Apa tak nya kadang-kadang kawan-kawan tu elok je duduk diam, tiba-tiba kawan lain diketuknya,ntah sebab apa pun tak tahu agaknya saja nak lepas geram. cikgu-cikgunya pun suka bergurau dengan budak-budak ni....yer lah anak-anak istimewa kita kena selalu mengikhlaskan hati untuk mendidik mereka.



apa yang aku nak tulis kat sini bukan pasal anak-anak murid aku ni,tapi nak citer pasal ikan keli belaan kitaorang,dah la diberi nama Sholeh....sbb ikan keli Afrika besar ler sesangat...masa cuti sekolah dua minggu tu rupanya ikan ni mati,bukan x ada sapa yang tak jaga ada PPIM pendidikan khas slalu bagi makan,tapi pada hari sabtu dan ahad cuma ada Pak Guard ajalah. Sekali hari isnin PPIM jumpa ikan ni dah terdampat di atas batu,maksudnya ikan ni telah dikeluaran dari bekasnya...dan yang menjadi tanda tanya jaring yang mengikat penutup bekas ikan ni digulung-gulung cantik jer....maksudnya ikan ni dikeluarkan.....bukan sebab dia melompat atau apa sahaja kemungkinan...cuma yang menjadi kemusykilan kenapa mesti orang menganiaya ikan ni..sedangkan ikan ini menjadi hiburan buat pengungjung ke pendidikan khas di sini,anak-anak murid pun terhibur je bila beri makan ikan ni,sebab ikan ni suka makan. pulak tu ikan sepat yang dibela pun hilang beberapa ekor..agak-agak sapalah yang amek ek????.....kalau amek pun nak buat apa?jual? makan?....kalau jual hasil dari menjual tu dibuat apa,tak takut ke tak berkat...pas 2 kalau makan,tak kan makan dengan keluarga..agak-agak sampai betul hati orang tu kan bagi makan benda tak halal....bukan nak tuduh sapa-sapa...cuma untuk renungan kita bersama......



sanggup sekali kita memberi makan perkara yang tidak halal kepada anak-anak kita,keluarga kita atau sebagainya...bukan kah dengan memberi makanan yang tidak halal akan melahirkan mereka yang gelap hatinya...tidak mahu menerima petunjuk dan hidayah Allah....sebab itu agaknya ramai sekali kes-kes sosial di zaman ini...renungkanlah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Myspace Cool Cards at WishAFriend.com

Terhibur jua hati ini walaupun dihiasi dengan warna-warna kerinduan

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

________________________________


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

__________________________________________

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.


myspace graphics

myspace graphics

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMU
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkan ada sekelumit belas
Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk peroleh cintaMU
Walau ranjaunya menusuk pedih